Bentuk logo adalah dua buah separa bulatan dan segiempat tepat yang bertindih. Semua lambang yang digunakan dinaungi oleh dua garisan melengkung yang selari dengan nama sekolah di samping perkataan Bintulu yang menjadi dasar kepada logo. Keseluruhan logo menggunakan kombinasi warna-warna yang terdapat pada bendera Malaysia dan Sarawak dengan mengambil warna putih sebagai latar belakang. Motto sekolah yang digunakan ialah“ MENJANA KECEMERLANGAN INSAN”
1 WARNA
1.1 Kuning
Warna ini digunakan bagi melambangkan warga sekolah serta para pelajar yang menjadikan lunas-lunas keagamaan dan kepercayaan masing-masing sebagai tonggak kejayaan, kecemerlangan dan kebahagiaan.
1.2 Biru
Kesepaduan dan kerjasama semua warga sekolah, para pelajar dan masyarakat setempat dalam usaha menjadikan sekolah sebagai sebuah institusi yang dapat melahirkan pelajar yang berketrampilan dan berkualiti serta dapat merealisasikan visi, misi dan cita-cita sekolah.
1.3 Merah
Membayangkan semangat membara para pendidik dalam mencurah ilmu kepada anak didik bagi meraih kejayaan cemerlang dan melahirkan generasi-generasi yang berilmu tanpa mengenal erti putus asa. Ia juga merujuk kepada semangat tinggi anak didik dalam menerima ilmu yang dialirkan agar dapat diterjemahkan sebaiknya.
1.4 Putih
Warna ini membawa maksud keikhlasan hati semua warga sekolah dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing demi agama, bangsa dan Negara.
1.5 Hitam
Melambangkan kenekadan, kekentalan dan kejituan hati serta semangat semua warga sekolah, pelajar dan masyarakat untuk menjadikan motto sekolah menjadi kenyataan.
2 SIMBOL YANG TERDAPAT PADA LOGO.
2.1 Topi
Topi ini merujuk kepada topi yang digunakan oleh penuntut universiti apabila mereka menghadiri konvokesyen. Ianya membayangkan kecemerlangan yang menjadi sasaran utama para pendidik terhadap anak didik sekolah ini sehingga mencapai tahap tertinggi dalam akademik dan kokurikulum.
2.2 Pen
Melambangkan usaha berterusan para pendidik dalam mencurahkan ilmu yang ada demi kebaikan anak-anak didik. Lambang ini juga menunjukkan khidmat yang sentiasa diberikan oleh pihak yang membantu mentadbir sekolah bagi melicinkan urusan sekolah.
2.3 Buku
Melambangkan betapa buku merupakan elemen terpenting di dalam proses memenuhi jiwa dengan ilmu pengetahuan.
2.4 Komputer
Ianya memberi pengertian terhadap kecanggihan teknologi masa kini serta dunia yang sedang menuju ke arah globalisasi. Sekolah ini juga tidak ketinggalan untuk menggunakan dan mengaplikasikan teknologi yang ada dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di samping melicinkan urusan pentadbiran sekolah.
2.5 Susunan segiempat dikedua-dua belah
Segiempat ini diwarnakan mengikut warna bendera Malaysia. Ianya membawa maksud kepelbagaian kaum warga pendidik, anak didik, staf-staf sekolah serta masyarakat setempat. Kepelbagaian ini tidak menghalang untuk menjayakan misi, visi dan matlamat sekolah kerana semuanya bersepadu serta bekerjasama dalam satu pasukan ke arah matlamat yang sama.
2.6 6 garisan menyerupai tangga
Melambangkan enam peringkat yang dilalui oleh para pelajar sepanjang mereka menuntut ilmu di sekolah ini.
No comments:
Post a Comment